PERSEDIAAN PERKAHWINAN YANG WAJIB DIKETAHUI

PERSEDIAAN PERKAHWINAN YANG WAJIB DIKETAHUI
~ Dipetik dari Suami Isteri Bahagia

1. Memilih jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.

2. Memilih bakal isteri
Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami
Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-Beragama
-Berakhlak mulia
-Beradab
-Mempunyai harta dan keturunan mulia

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.

4. Meminang

Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Mas kahwin

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.

Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:

1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:

-Mahar musamma al-Mua’jjal
Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.

-Mahar musamma al-muajjal
Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.


2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri…

6. Hantaran

Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara’.

7. Kenduri kahwin

Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.

Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

(Source: facebook.com)


Mirin dan Sake (wine rice atau arak beras) dalam makanan Jepun
Fikir dan teliti dahulu sebelum pergi restoran makanan Jepun dan Western: )

Pengunaan Mirin, Sake dan Ketchup2 yang mengandungi arak di restoran makanan jepun….

Penggunaan Wine dalam masakan di restoran western food…

*Wine = arak
"Mirin".

Mirin adalah sejenis bahan perasa penting didalam makanan jepun.

Mengandungi 40-50% gula.

Ia adalah sejenis wine beras/rice wine yang hampir menyamai sake (sejenis arak beras jepun), tetapi mempunyai kandungan alkohol yang kurang sedikit iaitu 14%.

Pada zaman dahulu Mirin digunakan sebagai minuman pemabuk (sweet sake).

Mirin digunakan dengan memercikkan sedikit kepada ikan yang di bakar atau untuk menghilangkan bau hanyir ikan.

Amaun yang sedikit digunakan bersama gula dan kicap soya.

Ia tidak digunakan dengan berlebihan ini adalh kerana rasanya yang kuat.

Kadang-kadang ia digunakan sebagai pelengkap/perisa sushi.

Mirin selalunya digunakan didalam pembuatan teriyaki sauce. 

credit to : halalgenius.com


Mirin dan sake (arak beras atau rice wine)

(Source: jiejahlifejourney)


Rujukan: 
[1] FB Ustaz Mohd Zawawi Yusoh 
http://www.facebook.com/pages/Ustaz-Mohd-Zawawi-Yusoh/374715429494 
[2] FB page Darussyifa’
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151109020887978&set=a.388862387977.171134.274625277977&type=3&theater

Rujukan: 

[1] FB Ustaz Mohd Zawawi Yusoh 

http://www.facebook.com/pages/Ustaz-Mohd-Zawawi-Yusoh/374715429494 

[2] FB page Darussyifa’

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151109020887978&set=a.388862387977.171134.274625277977&type=3&theater


Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga

Antara ciri-ciri yang menjelaskan wanita boleh mendiami syurga ialah:-

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada tuhan lain yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan pergi haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekkan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

“.. Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)

(Source: islamitusuci.com)



via (http://nizarazu.com/2012/07/21/lafaz-niat-puasa-bulan-ramadhan-dan-doa-berbuka-puasa/)

via (http://nizarazu.com/2012/07/21/lafaz-niat-puasa-bulan-ramadhan-dan-doa-berbuka-puasa/)


Cara-cara makan mengikut sunah Nabi s.a.w.

Cara-cara makan mengikut sunah Nabi s.a.w.


13 foods for brain.

13 foods for brain.


Jom buat checklist. Betul kah cara-cara kita berwudhu’?

Jom buat checklist. Betul kah cara-cara kita berwudhu’?